Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat
Tidur
yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur
dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan
mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
·
1 Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama·
2 Tidak buang air kecil di pagi hari.·
3 Terlalu banyak makan.·
4 Tidak mengambil sarapan.·
5 Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.·
6 Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna
makanan, dan perasa tiruan.·
7 Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil
terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak
goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak
ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan
betul-betul fit.·
8 Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban
berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau
dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu
sajian dan tidak disimpan.Kita
harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan
yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan
menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.Kurangkan
makan makanan segera, lagi-lagi jika anda jenis yang berjaga waktu malam
sehingga lewat pagi.
Mari kita lihat bagaimana tubuh kita berfungsi.
Malam (9pm – 11pm): adalah masa untuk
menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan
dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam
keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang
surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci
pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan
kesan negatif pada kesihatannya.Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification
dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.Tengah malam (1am – 3am): proses
de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan
tidur nyenyak.Tengah malam (3am – 5am): proses
de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi
yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat
kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan,
kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu
proses pembuangan toksin tersebut.Awal pagi (5am – 7am): proses
de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.Pagi (7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus
kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki,
sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum
7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak
sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat
mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus
daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat
akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.Tengah
malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.Tapi
lain pula jadi, kalau waktu tidur anda terlalu lama.“Banyak
tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang
termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.Masalah
sukar untuk tidur ini boleh diatasi dengan banyak cara. Ianya bergantung kepada
seseorang bagaimana seseorang itu boleh mengatasi masalah tidur mereka. Apa
yang dikongsikan ini hanya sebagai rujukan untuk anda yang sedang menghadapi
masalah tidur. Anda boleh menggunakan cara ini bagi mengatasi masalah tidur
anda.
Cara Mengatasi Masalah Tidur
Masalah
susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya.
Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang
anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang
lain.·
1 Kosongkan
Fikiran Dari Semua PerkaraBiasanya anda susah untuk tidur
kerana disebabkan oleh pemikiran anda sendiri. Anda mungkin menghadapi banyak
masalah yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran anda. Ianya pasti mengganggu
tidur anda yang boleh menyebabkan anda susah untuk mendapat tidur yang baik.
Jadi, anda perlu mengatasi masalah ini. Anda hendaklah cuba untuk mengosongkan
fikiran anda dari apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi
anda boleh cuba melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan
fikirkan perkara negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda
mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.·
2 Tetapkan
Waktu Tidur Sama Setiap MalamWaktu tidur adalah penting dalam
memberikan tidur yang baik kepada seseorang. Jika anda menghadapi masalah tidur
maka anda perlu menetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada
malam ini anda tidur jam 11 malam, esok pun anda kena tidur pada waktu yang
sama. Begitulah juga pada hari-hari yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu
tabiat dalam diri anda untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu,
pemikiran anda telah ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut.·
3 Pastikan
Tempat Tidur Nyaman Dan SelesaFaktor persekitaran amatlah
mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan
tidur yang baik juga kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak
selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau busuk, basah dan
macam-macam lagi. Ianya boleh mengganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu
pastikan tempat tidur anda itu bersih dan selesa. Untuk lebih keselesaan pasang
la kipas supaya anda tidak berasa panas semasa tidur.·
4 Elakkan
Dari Bunyi BisingBunyi yang terlalu bising boleh menganggu
tidur seseorang. Bagi saya sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan
sekeliling yang bising. Saya pasti anda juga mengalami situasi yang sama. Anda
perlu elakkan dari tidur dalam keadaan yang bising. Kalau boleh tutup terus
sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang anda pasang di radio,
handphone dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh pasang dalam kadar
tidak terlalu kuat. Mungkin lagu-lagu yang anda minat
boleh membantu anda melelapkan mata anda. Jika anda mendengar bacaan
zikir dan Al Quran itu adalah lebih baik.·
5 Tutup
Semua Sumber CahayaCahaya yang terang adalah salah satu
faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Saya sendiri memang sukar untuk
tidur jika cahaya lampu yang masih terbuka. Jika sumber cahaya yang terlalu terang
akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah
untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu
dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam gelap akan lebih cepat untuk anda
melelapkan mata.·
6 Baca
Doa Sebelum TidurTidurlah dalam keadaan yang tenang dan
mendapat keberkatan dari Allah. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan
berzikir dan berdoa sebelum tidur supaya diberikan ketenangan oleh Allah.
Lupakan segala kerungsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati Allah.
Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.Masalah
susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya.
Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda
hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang
lain.
No comments:
Post a Comment